DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA AMALKAN UNTUK MENANGANI STRESS
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
- Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
- Bertenang…kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
- Kenal pasti kenapa anda marah
- Cuba dengar penjelasan orang lain
- Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
- Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
- Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
- Berfikir secara positif
- Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
- Belajar menyukai diri sendiri
- Belajar bertenang
- Adakan hobi
- Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
- Dapatkan tidur yang cukup
- Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
- Bersifat tegas/asertif
- Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda
LUMRAH kehidupan, hati seseorang itu akan menjadi bolak balik seperti ada yang tak kena sehinggakan tiba-tiba berasa sedih, takut dan gelisah.
Sebagai manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa sudah pasti akan ada titik hitam dalam hati yang kuat mempengaruhi emosi.
Tidak dinafikan apabila seseorang berdepan situasi ini, dia akan sedaya upaya mencari jalan keluar tetapi tahukah anda jalan yang terbaik untuk mencegah ketidakstabilan emosi dan menguatkan diri semula adalah dengan memohon pertolongan Allah SWT dan mengamalkan doa agar hati tenang.
Seluruh ayat al-Quran dan doa sememangnya dapat memberi ketenangan, samaada lelaki ataupun perempuan. Di sini saya kongsikan khusus Doa yang bagus untuk wanita amalkan dalam kehidupan seharian. Berikut merupakan 4 bacaan doa termasuk 3 daripadanya adalah untuk ketenangan hati.

1. Doa hindari rasa cemas
Allahumma Inni audzubika minal hammi wal huzni wal ajzi wal kasali wal bukhli wal jubni wal dholaid daini wa gholabatir rijali.
Ertinya: "Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban utang serta tekanan orang-orang jahat."

2. Doa agar hati tenang
Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli.
Ertinya: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

3. Doa agar hati tenang (Al Baqarah 250)
Rabbanaa afrig 'alainaa shabraw wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa 'alal qaumil kafiriin.
Ertinya: "Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

4. Doa agar hati tenang (Hadis Imam Thabrani)
Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.
Ertinya: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridho dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu."
Setelah membaca doa-doa tenang hati tadi, anda juga boleh lakukan lima perkara ini untuk memulihkan suasana hati.
Pertama sekali anda boleh memgambil wuduk. Cara ini sememangnya dapat memberi ketenangan dengan serta merta.
Kedua anda boleh melakukan senaman ringan agar tubuh anda berada dalam keadaan aktif yang berperanan memberi ketenangan fikiran.
Seterusnya, anda cuba pratikkan teknik pernafasan untuk menenangkan diri. Ini sangat membantu bagi melepaskan mood negatif dalam diri.
Keempat, anda sebaiknya disarankan minum air sejuk untuk membantu melancarkan peredaran darah dalam badan dan menyejukkan fikiran.
Oleh itu, marilah kita mengamalkan doa penenang hati ini untuk meredakan perasaan sedih, marah, gelisah, stres, dan mengusir semua perkara negatif dari fikiran kita.
Marilah kita sesama islam bertukar pandangan ataupun berkongsi ilmu dengan doa2 yang boleh kita amalkan bersama. Boleh wasap saya untuk kita sama2 berkongsi ilmu www.wasap.my//60148731205
Comments
Post a Comment