INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA
Assalamualaikum ๐
21 Nov 2013 tarikh saya mula join dalam shaklee. Sedar tak sedar sudah 10tahun, cepatnya masa berlalu hihi. Saya masih ingat lagi macam mana saya boleh kenal dengan shaklee, saya bermula dengan set gastrik shaklee.
Tapi hari ni saya tak bercerita tentang produk shaklee, semua sudah maklum dengan keberkesanan produk shaklee. Hari ini saya nak kongsi sedikit kenapa saya boleh bertahan sampai 10tahun bersama shaklee.
INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA
1. CASH BONUS
- Unlimited cash bonus, lagi besar jualan korang , lagi besar bonus.
- Leadership bonus, lagi besar team, lagi besar bonus. Shaklee bagi upah asing, tak usik pun duit downline. Shaklee bagi atas usaha kita bantu ajar anak team.
- Untung runcit 20%. Samada dah lama atau baru, tetap sama. Shaklee tak guna sistem stokis atau agen atau dropship. Level kita sama korang, adil!
- Selama 10 tahun saya bersama shaklee, shaklee tak pernah gagal membayar bonus setiap 14hb
Masa saya naik rank Supervisor ni memang rasa terharu sangat dan bertambah yakin dengan shaklee. Masa ni la saya merasa bonus 4 angka dan saya lebih percaya diri bila diberikan penghargaan walaupun saya baru sampai rank SV.
Doakan saya gais dapat capai rank MAster tahun ni. InshaAllah๐
2. CAR BONUS
- Shaklee tak bagi kereta, tapi bagi duit. Korang nak buat apa dengan duit tu, buatlah. Nak simpan, nak beli emas, nak bagi mak ayah, nak melancong, nak sedekah. Terpulang!
- Unlock sekali seumur hidup dan korang akan dapat car bonus ni selamanya. Berapa nilai? Bergantung kepada performance korang setiap bulan. Jika besar usaha, boleh sampai 5 6 angka.
- Car bonus shaklee ni bukan sahaja boleh beli kereta, tapi nak beli kedai kereta pun boleh!
Doakan saya dapat mencapai car bonus๐ semua ini saya dengar perkongsian yang diberikan oleh Master saya iaitu master Aisah.
3. CONVENTION
- Convention pula ada PERCUTIAN PERCUMA, ada 2 Regional dan international.
- International ada 2 juga, Oversea dan umrah. Kita boleh pilih nak pergi mana.
- Paling best trip shaklee adalah, semuanyaa ditanggung. Kalau korang nak tahu, trip shaklee bukan biashe-biashe. Shaklee spend RM 20k setiap seorang. Selama 2 minggu.
- Penginapan pula yang paling mahal / night. Makanan halal shaklee sangat titik beratkan. Bukan biarkan je pihak hotel sediakan, tapi bawak chef dan bahan2 dari Malaysia. Betapa shaklee menjaga kebajikan agen-agen shaklee.
- Shaklee suka bagi suprise, masuk bilik hotel confirm berbunga-bunga. Macam-macam hadiah dapat.
- Kalau korang nak tahu, duit poket pun shaklee bagi gaiss. Mana nak cari syarikat baik macam ni.
- Kalau pergi oversea, musim sejuk, baju sejuk tebal shaklee bagi, bagasi shaklee bagi, korang pergi bawak diri je gaiss.
- Paling membahagiakan, kita boleh bawak seluruh ahli keluarga kita. Bukan sahaja anak suami/isteri. Malah, mak ayah, mertua, adik beradik, ipar duai, anak buah etc.
So, ini adalah antara insentif shaklee tawarkan kepada sid yang berusaha. Dan yang paling best dalam shaklee ni, downline tak akan dibiarkan terkontang kanting sorang, kita bergerak dalam 1 team. Kita akan diajar tentang produk, bisness, insentif yang ditawarkan dan sebagainya.
Jika berminat mau tau dengan lebih lanjut boleh wasap saya ๐ http://www.wasap.my/60148731205
Comments
Post a Comment